Posted by: pinkturtle2 | Ogos 21, 2009

Sidang Akhbar Yusri Isahak…

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, hari ini tampil untuk memberi penjelasan kepada seluruh rakyat tentang kedudukan sebenar Rohaizat dan bagaimana calon BN itu ditarik lesen perkhidmatan guamannya. Buletin


Respon

  1. salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih

  2. Tindakan Rohaizat dengan menyalahkan teman seperniagaannya, telah menambahkan lagi jumlah rakyat membenci dan tidak percaya kepada Umno.

    Dipercayai Yusri yang bersedia berkongsi menjalankan perniagaan dengan Rohaizat juga seorang ahli atau penyokong Umno.

    Yusri juga seorang peguam yang tentu punya ramai kenalan, pelanggan dan keluarga. Bila berita menyalahkan Yusri diperbesarkan demi untuk membersihkan Rohaizat. Yusri tentu terasa yang maruahnya dicalar oleh seorang teman dan pemimpin Umno yang membantu Rohaizat.

    Apakah Yusri sanggup memilih mendiamkan diri demi sayangnya pada Umno, atau menyanggah kenyataan dan tuduhan yang dibuat oleh Umno.

    Ternyata sekarang Yusri telah memilih mempertahankan maruah diri sama seperti apa yang dibuat oleh Ustaz Ramlang Porigi yang juga seorang ahli Umno.

    Kedua dua hamba Allah yang menjadi mangsa keserakahan Umno yang menggeletik untuk pertahan kuasa tanpa mengira perasaan manusia lain adalah sesuatu yang pandir, seolah olah Umno berkeyakinan orang2 yang menjadi mangsa Umno ini akan tetap setia demi bangsa dan pemimpinnya yang konon telah memberi jasa selama 51 tahun. Naif sungguh politik sesat ini.

    Kalau inilah jalan politik yang dipilih oleh Umno. Maka sesungguhnya sahlah manusia yang berkumpul, berdemo dan bekerja dengan parti yang menentang Umno itu, ialah mereka ini bekas ahli dan penyokong Umno sendiri.

    Mampus Umno!

  3. Bekas SU BN Pulau Pinang yang pecat Rohaizat dari Majlis Peguam
    Oleh Hazayani Zakaria
    Fri | Aug 21, 09 | 3:35:35 pm MYT
    BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.
    Iklan

    Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

    Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini. Ketika itulah dia pernah memangku jawatan Ketua Menteri.

    Mahfuz mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.

    Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

    Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

    Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

    Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

    Menurut Mahfuz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya.

    “Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya,” kata Mahfuz.

    Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

    Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

    “Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah,” kata Mahfuz. _

  4. Oleh Afyan Ali
    Fri | Aug 21, 09 | 10:33:02 am MYT
    GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ‘Anwar Pengkhianat’, mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.
    Iklan

    Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.
    Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

    “Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib,” kat Kamaruddin.

    “Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya,” katanya.

    Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

    Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

    Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

    Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

    Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

    Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

    Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

    “Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi,” kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

    Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

    Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

    1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

    2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

    3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

    4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

    5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

    6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

    7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

    8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

    9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

    10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

    11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

    12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

    13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

    14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

    15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

    16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

    17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.- TUN MAHADIAQ SAID: KOREQQ…KOREQQQ…KOREQQQQ


Tinggalkan komen

Kategori