Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2009

Rohaizat berbohong tidak akui Rafizah isterinya

apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya - Ust Nasrudin

apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya - Ust Nasrudin

Rohaizat berbohong tidak akui Rafizah isterinya?

PERMATANG PASIR, 23 Ogos – Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Nasrudin menegaskan kenyataannya itu melalui blog pribadinya http://episodeperjuangan.blogspot.com. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.

“Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .” kata beliau

Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin .

Tambah beliau, pribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa Isu yang beliau dedahkan baru – baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

“Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat .” jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Rafizah.

Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato’ Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Rafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato’ Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . “Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu.” kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Rafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Rafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.

Ibu Rafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

“Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah” jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali – kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Rafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman – teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara – gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

Rafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Rafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain .

Ustaz nasrudin yang mengatakan bahawa beliau mendapat keizinan Rafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

“Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.

“Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang”.

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai – ramai.

“Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang .” tegas beliau

http://prkn11penang.pas.org.my


Respon

  1. kalau ditakdirkan mamat ni menang, alamat dia akan tinggalkan rakyatnya macam dia tinggalkan isterinya. malangnya rakyat p pasir pilih mamat ni…

  2. buat laporan kat shahrizat tengok samada dia boleeh tolong ke tidak

  3. Betul ke ni. Atau gimik politik nak cari penyokong. Kalau betul kenapa skarg baru dedah

  4. banyak blog tulis anak Mahfuz Omar penagih dan pengedar dadah dan ada di penjara atau pusat serenti Alor Star. Betulke? Ini lagi kejam kerana Mahfuz tak tahu didik anak. Lebai pun naik pening dengan kisah-kisah Melayu dan Islam sekarang. Dulu Pas kata Umno kafir sebab berkawan dengan MCA dan MIC, tapi sekarang Pas sendiri boleh kawan dengan Cina (DAP) dan India (PKR). Orang2 Pas ni tak pernah solat tahajut tengah malam atau solat sunat dhuha atau solat sunat lain ke minta petunjuk Allah? Cuba-cuba lah kerana jangan sokong membabi buta je! Salam

    • cik lebai,kalau kamu banyak sembahyang sunat,memang begini soalan kamu,zahir lisan seseorang mengikut amalannya.bukan cara soal,arah soalan samaada bongkak atau rendah diri.

  5. kenapa skrg bru nk dedah..sb sebelum nikl dia dedah pon sapa yg amik peduli ttg dia..kl nk jdi pemimpin kenala berlaku adil..knp roizat takut kl dia x salah..samanla pembangkang (KP PAS) kl itu satu fitnah…mari kita tgok..siapa yg kenaaa….

  6. saman le kalau PAS tu bohong, baru betul namanya. Tok Mohideen, Cik Keri apa lagi tolong la jawabkan esok nak keluar memangkah

  7. PAS dah kering idea dan isu, pantat bini orang pun nak diselak.

  8. Apahal isteri nih tunggu lama sangat sampai 3tahun menderita?

    Dah masuk kes kat Mahkamah Syariah?

  9. […] Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat. […]

  10. Walaubagaimanapun Dato’ Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Rafizah supaya bersabar.

    Statement ni sah2 nampak perangai naib presiden PAS Tuan Ibrahim ni. Ada ka kata tak tahu siapa suami pulak, tak kan si bini ni tak cerita kot. Ni kes malas atau kes tak ambil peduli pasai masa tu Rohaizat ni tak penting. Tiba2 PAS jadi begitu perihatin pulak..!!!. PAS cermin2 la diri, jangan bersembunyi disebalik serban n janggut.

    Kenapa nak sokong lagi naib presiden yg macam ni, tak mau tolong orang, asyik2 minta bersabar…ish ish ish.

  11. Hooooooooh

  12. Tak payah nak tuduh menuduh, buktikan dengan surat nikah. Kalau betul ada surat nikah yang sah, tindakan mahkamah yang sepatutnya di ambil terhadap si suami kerana mengabaikan nafkah2 yang sepatutnya. Full Stop.

  13. Ketika majlis umumkan calon Bn PRK Permatang Pasir 2009, ramai pemimpin Umno Pulau Pinang tidak hadir. Kehadiran semuanya kira – kira hanya 150 orang juga menjadi persoalan adakah benar calon Bn mendapat sokongan semua pihak dalam Bn ?
    Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sehari selepas pengumuman calon mula tersebar khabar rupanya calon Bn ini telah digantung lesen amalan guamanya kerana terlibat dengan penyelewengan wang sebuah persatuan perkebun kecil.
    * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

  14. Islam memang menggalakkan buruk memburukkan sesama sendiri ke?? Aku selalu dgr ceramah Pas, tp selalunya lebih kepada memburukkan org lain. Mcmtu ke parti yg menegakkan Islam? Kalau agama lain tgk, x malu ke??

  15. The person above me is an excellent example of an UMNO hater and a complete bitch fir believing all this shit


Tinggalkan komen

Kategori