Posted by: pinkturtle2 | November 4, 2009

Adakah betul ini ucapan Hasan Ali…

DatukHassanAli_01[1]

Harap-harap keputusan Jawatankuasa Disiplin ni akhirnya adalah keputusan yang paling tepat setelah mengkaji sedalam-dalamnya semua bukti yang ujud.Harap-harap keputusannya nanti akan menjadikan Pas bertambah kuat dan dihormati dan dipercayai bukan saja oleh ahli-ahli Pas tapi juga penyokong dan pengundi serta bakal pengundi untuk plihanraya akan datang - Cenangau

“(Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali

“(Nik Aziz) You ‘re not God…sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya…dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi…dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini…bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.

Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.

Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.

Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.

Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya  Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”

Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.

Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.

Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?

http://zainulfaqar.wordpress.com

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Cenangau…

Aku harap sangat apa yang member aku tu tulis tak betui. Aku harap sangat benda yang dia tulis tu fitnah semata-mata. Aku harap sangat benda yang dia tulis tu dia tak dengar sendiri dari mulut Dr. Hasan Ali,  cuma sekadar cakap orang lain yang aku harap hanya fitnah dari orang tu.

Tapi, kalau betui apa yang dia tulis tu dia dengar dari mulut Dr. Hasan Ali sendiri, aku harap member aku tu pi buat laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Kalau dia ada buat rakaman lagi bagus, biar Jawatankuasa Disiplin dengar sendiri rakaman tu. Biar depa buat keputusan berdasarkan maklumat tremasuk maklumat terbaru ni.

Aku harap sangat member aku ni pi buat laporan ke Jawatankuasa Disiplin. Macam tu jugak aku harap sangat bukan takat dia sorang tapi yang lain-lain yang dengar Dr. Hasan cakap macam tu kena pi jumpak Jawatan Kuasa Disiplin, cerita kat depa apa yang hangpa dengar. Macam tu jugak sapa-sapa yang lain yang rasa ada bukti yang sepatutnya Jawatankuasa Disiplin tau, kena serahkan bukti tu.

Pada aku kalau betui mengaku sebagai ahli Pas, itulah tindakan yang sepatutnya kena buat. Kalau mengaku nak bagi jamaah Pas semakin kuat, itulah tindakan yang sepatutnya dibuat. Kalau nak Pas semakin diterima dah dihormati, itulah tindakan yang perlu dibuat.

Lagi satu aku harap Jawatankuasa Disiplin tidak sekadar reaktif, hanya bertindak kalau ada dakwaan. Aku harap Jawatankuasa Disiplin bertindak proaktif, menyiasat dengan secara menyeluruh, bukan sekadar panggil saksi tapi p cari saksi tu kalau ada yang tak berseda nak pi.

Harap-harap keputusan Jawatankuasa Disiplin ni akhirnya adalah keputusan yang paling tepat setelah mengkaji sedalam-dalamnya semua bukti yang ujud.

Harap-harap keputusannya nanti akan menjadikan Pas bertambah kuat dan dihormati dan dipercayai bukan saja oleh ahli-ahli Pas tapi juga penyokong dan pengundi serta bakal pengundi untuk plihanraya akan datang. Dan yang lebih penting keputusan tu adalah yang terbaik untk Pas.

http://cenangau.blogspot.com


Respon

  1. Peringatan buat PR.
    Orang ini dan ada beberapa lagi orang yang menyusup didalam PR mesti dibersihkan dari PR sekiranya PR berhasrat untuk memerintah dinegeri2 yang dimenangi oleh PR.
    Fokus utama, mereka sedang bergerak untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor.

    Percayalah akan ada lagi beberapa isu yang akan ditimbulkan bagi menggugat kerajaan Selangor.

  2. salam…cakap malam dengar-dengar,cakap siang pandang-pandang.
    siasat segera jk disiplin Pas.
    harap2 sumber bukan dari umno,dan saya juga setuju TG Nik Aziz bukan tuhan.

  3. Teman seperjuangan PR , tulisan mengelirukan itu terhasil bila penulis hanya spot 1 atau 2 fakta dan diulas.kalau sdr berada di Anjung 1 tersebut dari mula hingga akhir … tulis tsb tidak akn jadi begitu.

  4. Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
    KALAU NAK KAYA JOM PI BUKA BAHAGIAN / CAWANGAN UMNO DI KELANTAN LA NI. WANG AKAN TURUN MECURAH-CURAH, SEDIALAH LUKAH DAN BELAT BANYAK-BANYAK AGAR SENANG ANAK CUCU?

  5. Salam sahabat2,
    harap setiap penulisan atau copy paste kita adalah dgn roh merapatkan jurang ukhwah bukan menjarakkan lagi.

    Ana yakin pimpinan2 kita ikhlas, yang berlaku hanyalah fitnah dan salah faham. Jgn bimbang, jika kita yakini jemaah ini diredhai Allah, sunnatulLah akan membersihkan jemaah dari mereka2 yang tidak sepatutnya.

    Yang penting ialah peranan kita dalam menjadi ejen penyatuan bkn ejen pemecahan samada secara sedar atau tidak.

  6. Allah maha mengetahuai yang mana betul yang mana salah
    Semasa Nabi Muhammad menyebarkan islam berbagai halangan
    Yang ditempohinya.tak hairan TGNA pun hadapi
    Halangan dan rintangan dalam dan luar PAS

  7. Salam.

    Tu dia.
    Dia dah melenting.

    Itulah.
    Kita bukan “perfect”.
    Kita manusia biasa.
    Kita ada kekuatan.
    Kita ada kelemahan.
    Berpijaklah di bumi nyata.

    Kalau manusia tidak perfect.
    Maka, mana bisa.
    Manusia menjadi Tuhan.
    Tapi, tuhan boleh kot.
    Kalau orang tidak ikut.
    Dapat tulah pulak.

    Kalau kita percaya pada Allah.
    Kita percayalah.
    Berbuat baik lah.
    Berusaha lah.
    Berdoa lah.
    Berserah lah.
    Redo lah.

    Sekadaq, jangan dok gi, dok gi, tak gi.

  8. bengong-bengong juga pemimpin PAS nie….ingatkan maksum semuanya

    • BENGONG LAGI KAPIAG………

      BENGONG AKIDAH BETUI TAKPA……..
      BENGONG AKIDAH RUSAK ….JADILAH MACAM ADIK KAPIAG JINPAKAITONCENG

    • Pemimpin UMNO sahaja yang maksum dulu kini dan selamanya.

      Pemimpin umno tidak rasuah.
      Pemimpin umno tidak tipu rakyat – Rakyat didahulukan.
      pemimpin umno bijak mentadbir Malaysia

      Bonus – tiada – ekonomi tidak baik.

      Siapa pegang ekonomi malaysia?

      Pakatan?
      BN?

  9. Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • menega lagi dia ni……….. pi balik lah tadak sapa yang kelapag
      perniagaan judi macam ni…….. ptuiiiiiiih

  10. Salam.

    Ucapan Hassan Ali tak betoi.

    Tapi.
    Yang lebih tak betoi.
    Kereta 15 tahun ke atas.
    Nak kena periksa Puspakom.
    Alahai.
    Menyusahkan rakyat.

    Tidoq kat Puspakom lah.
    Korang2.
    Dua hari baru periksa.

    Lepas tu.
    Ini tak kena, itu tak kena.
    Kalau tidak.
    Tak buat kerja pula.
    Kalau bagi ok.
    Kena grease pula.
    Duit lagi.

    Cerdiknya.
    Menteri yang buat cadangan.
    Itu yang betoi.
    Ucapan Hasan tak betoi.

    Sekadaq tolak itu menteli.

    • Assalamualaikum…..

      aiiikkkk…. dah melawan menteri sendiri lak ke “budak tadika”? kan menteri yang cadang tu menteri UMNO+BN? mana boleh lawan, DERHAKA namanya tu….

      “budak tadika” kan penyokong segala perancangan dan idea pemimpin-pemimpin 1Malaysia, mana boleh bantah dan bangang, DERHAKA namanya tu,,,

      • Salam KeLi.

        Itulah UMNO + BN.
        Hebatkan.
        Kita boleh kritik.
        Kita boleh cadang.
        Kita boleh turunkan menteri.
        Kan, itu kebebasan.

        Yang dok terok sekarang, PAS.
        Ikut budaya Arab.
        Tak boleh tegoq sikit.
        Tak boleh sentuh sikit.
        Marah.
        Merajuk.

        Tapi.
        Dia kata, tak apa.
        Dia kata tak masuk syurga, pun tak pa.
        Dia kata hisap rokok lembu pun, tak pa.
        Dia tak suka UG pun, ikut suka.

        Dan.
        Yang dok tak pa, tak pa, ikut, ikut tu.
        Sapa.
        Bukankah yang boleh cucuk hidung.

        Dalam PAS juga.
        Suruh turun, tak mahu turun.
        Suruh pencen, tak mahu pencen.
        Tak suruh nangis, dia nangis.
        Sebab nak ulamak saja.
        Sebab untuk orang Kelate saja.

        UMNO + BN, tak gitu, demo hebat.

        Cuma PAS, dok lagu tu, demo sesat.

        Just waiting 4ur hadis, KeLi.

  11. Tapi.
    Yang lebih tak betoi.
    Kereta 15 tahun ke atas.
    Nak kena periksa Puspakom.
    Alahai.
    Menyusahkan rakyat

    Rakyat didahulukan.

    Menteri mana yang cerdik?

    PAS,DAP,PKR?

    Sedarla melayu ku.

    Kena tipu sahaja

    Rakyat didahulukan.

  12. Salam

    “budak tadika”… kalo bagi “hadith” dan “al-Quran” pada kamu pon kamu bukan baca malah mempersendakannya saja. dah memang sikap dan perangai “budak tadika” suka mempersendakan semua perkara.

    Bercakap dan menulis pon takda isi, cuma sekadar memperleceh dan memperlekeh orang ja… tahap pemikiran dan perangai bebudak lah katakan…

    “Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

    Sikap “budak tadika” yang suka mencaci orang lain sebenarnya kamu mencaci dan menjatuhkan maruah diri sendiri.

    Disoakan semoga “budak tadika” cepat dewasa dan matang fikirannya, barulah boleh dan layak menjadi warga 1Malaysia.

    • Salam Keliwon,

      Tok sah dok ambik hati lah kat dia.
      Biaq pi lah..lama2 dia dpt blajaq byk. la

      Kita dok habaq proton tin minyak gaih.
      Dia pon tau.Tu ada hati masuk F1 mengantikan
      Toyota.Toyota dok rugi proton ada untong tang mana
      tak tau.Puspakom punya duit kot la nak pi hamboq
      kat sana…cuma teka saja..bkn tudoh.

      Nak ajaq budak2 ni semua awai2 dari rebong la.
      Sedap gak kalau buat masak lemak.Yang semput
      jgn. ….byk angin.Mengkala kalau dah jadi buloh org.
      tua2 kata dah tak terajaq.Tapi tak pa kalau dah jadi
      buloh boleh pakai buat jadi taut, ikat ngan tangsi
      boh mata kail cacak ataih bataih bendang.Boh umpan
      la katak ,patong atau cacing.Bolehlah ikan ruan,keli tekoh2
      ulaq.Bewak tak dak la.

      Kalau di town puak cina depa buat ikat bendera habuan
      cingay.Cangak lah melayu town dok hurong sambil cingay
      sama.Yang melayu lupa diri cingay di lounge,pub,karaoke,
      bar.Standard 1 M’sian ONE STEP UPPER.Baru melayu ada
      class…bkn class tadika…

      Yang kreatif skit makna kata otak bijak la depa
      buat tudong saji habuan nak tutup lauk pauk
      dari di hinggap lalat lebih2 lagi jenih pure yg ketegaq
      bijik tu warna hijau kepala donga otak kecik.

      Melawak na hijau …forum dah jadi tak rancak dah.
      Isu2 hangat2 dah tangkap sejuk…demam kura kot…
      tak kebah2…….macam MCA.

  13. tak kan lah kerana masuk PAS tuhan tutup rezeki mu. Apa menda mu nih. merapu je. tiu lah masalah nya kalu dah bekas org kerajaan ni payah nak pulih kan balik.

  14. Salam,

    Yang takut tu dia tak kata.
    Org. lain yg kata.
    Kita berkata2…
    Habuan boleh kat kita
    Punca sudah mari……..

    • Salam great chief.

      Ucapan Hasan Ali tu betoi.
      Bisiklah pada Tok Nik.
      Tok Nik dah kena.
      Tok Nik pencen.

      Yang Tok Nik lantik menantu tu.
      great chief tak kecam pun.
      great chief taksub kot.
      Atau great chief tak tahu kot.

      Sekadaq tunggu KeLi bagis hadis.

      • Salam Hijau,

        Biaq pi lah kat dia kalau dia
        nak lantik seluruh keluarga dia
        pon.Jauh lebih baik drpd aku
        atau Isa Samad dan aku cuma
        taksub pd siapa saja yg terebit
        dari mulut dia kalam ALLAH
        dan hadith nabi.Walaupon Tok
        Jib sekali pon…TAPI jarang2
        kadang2 kedengaran.Bismillah
        dan akhiar sekali wabillahiltaufiq
        walhidayahwassalammualaikum
        warohmatullahhiwabarokatuh….
        tu pon tang salam aidilfitri atau
        aidil adha…

        Aku try cuba bisek kat TGNA
        hang pon try la bisek sama kat
        Tok Jib bawa kluaq lah sama
        kalam ALLAH.Baru cun 1 M’sia.
        Asyik mula saja salam
        1 M’sia seterusnya tang isi cahaya malap
        lampu pelita minyak gaih.Kena asap
        hitam muka nur pon hilang.Kita nak
        nur dan seri sesuai ngan gelaran dato seri.
        seri muka bakaq pon sedap gak.

        “”jgn dok pi bisek macam
        nak meminang anak dara””tau

  15. kalaulah ucapan tu benaq dari HA …….nampak sangat lah kesombongan orang ini…….yang mana kesombongan ini bukan calang-calang sombong…boleh mengalahkan RAJA SOMBONG …….kalau kemaruk dan doyan sangat dengan harta dunia……..masuk laa gerombolan……jangan dok main wayang hindustan lagi…….paling tidak pun hormatilah TGNA sebagai bapa dan orang tua yang tau sangat asam garam politik yang dah lama berkecimpung yang masa tu kamu HA dok berhingus lagi……kami pun tau yg TGNA bukan tuhan……..hang tak payah sebut….semua orang tau….dalam al-Quran ada dinyatakan dalam ayat 8 dan 9 Surah Al-Baqarah mafhumnya “…..Dan sebahagian dari manusia ada yang berkata,”Kami percaya kepada Allah dan hari kemundian” pada hal tidaklah mereka itu orang-orang yang beriman”……..”Mereka cuba memperdayakan ALLah dan orang-orang yang beriman, pada hal tidaklah mereka memperdayakan kecuali diri mereka sendiri, dan tidaklah mereka rasakan”……..dalam ayat itu ada disebut orang-orang yang beriman……fikir-fikirlah siapa orang yang beriman itu…….tak kanlah kita tak kenal kot….takut-takut nanti termasuk dalam kehendak ayat di atas tu……barang dijauh ALLAH..wallahualam


Tinggalkan komen

Kategori