Posted by: pinkturtle2 | Februari 16, 2009

Kerajaan Haram: Ku Li Mengajar Mereka Yang Jahil Tukil Tentang Perlembagaan

kuliku3

Payah Sangat Ke Nak Faham Undang-undang?

“Nizar masih menteri besar yang sah”

Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.

Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

_________________________________ Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. UMNO Be END sebenarnya lebih dahsyat & jahil ! penderhaka kpd ALLAH swt !.UMNO sokmo bangkang Islam yang di laksanakan oleh kerajaan Islam PAS Kelantan.Contoh2 terdekat Pajak Gadai Islam Ar Rahnu UMNO ejek !Penghapusan riba oleh kerajaan PAS negeri k’tan di ketawa ! Dinar emas kelantan,UMNO nak saman.PAS wujudkan Kota Bharu Bandaraya Islam UMNO permainkan ! Pemakaian Tudung kaum hawa, UMNO tak setuju ! pemberian Insuran Islam warga emas, UMNO tolak.Tanda jalan dgn nama ALLAH swt utk peringatan pengguna jalanraya UMNO robohkan ! Program mengemarakkan serta merakyatkan masjid2 & surau2 UMNO tak hadir ! Menaik-taraf pengajian pondok2 di kelantan UMNO bangkang ! PAS nak jalankan Hukum Hudud, UMNO auta belik isu & saman pas ! Pendek-kata setiap program islam yang di laksana oleh kerajaan Islam PAS kelantan, UMNO ta’ kerja lain asyik2 dok bangkang sahaja ! UMNO usah cerita pjg lebar lah tentang derhaka pd raja ,mu UMNO ! sebenarnya sudah lama sbgai penderhaka tulen pada ugama islam secara langsungnya DERHAKA sah ! pd ALLAH swt & Nabi Muhammad saw ! Takbir !

  2. Puak UMENO/BN ni haprak…tahu undang-unang tapi bila untuk kepentingan survival politik mereka, langgar jerr undang-undang….
    Wahhh bila PR yang langgar undang2, kecoh satu Malaysia ..U.Meloya, B.Hairan & TV3 suku canang la satu Malaysia..menteri2 jadi balaci…komen sana-komen sini

    Kalau UMNO/BN yg langgar undang2, menikus jerr puak2 ni…tak kuar newspaper, TV3 Suku dan menerti pengampu senyap jerr..takde telorrr…

    tu la , kalau nak kaya, pangkat ,duit & projek, masuk UMNO…boleh rasuah, lobi jawatan dengan duit, cantas orang dan peralatkan agensi
    kerajaan..
    Masuk PR, khidmat ikhlas untuk rakyat..memang tak boleh himpun kekayaan ,pangkat & harta..

    Kita ajar puak2 UMNO/BN yang LANUN & perompak ni dalam PRK Bukit Gantang & Bukit Selembau…kita tengok rakyat tak boleh dibeli dgn wang ringgit & pembangunan…..Beri duit amik, buat jalan/balairaya..guna, pangkah PAS diB.Gantang & Pangkah PKR di Bukit Selambau…
    HIDUP ISLAM…HIDUP KEBENARAN…MAMPUSSS UMNO/BN…..MAMPUS SPR ,SPRM , PRDM & KDN

  3. oer bote,
    Aku ingat di Perak tag line dia cam ni : “mampus melayu perak..!!” Hidup Ngah dan Ngeh!!!” Mampus oer bote… Guna akai sikit. Sesama sendiri nak maki hamun, mengutuk macam hilang akal. Hang ni orang Islam ke? Sekolah darjah berapa? Tak payah nak tunjuk hebatlah. Bangsa lain dok ketawa sakan, tengok melayu yang bodoh bercakaran sesama sendiri. Depa hari-hari kira duti, Hangpa kira apa? Kira dosa nak masuk neraka. Kau orang ni berita luar negeri tak baca. Tengok cam mana Fatah dan Hamas yang tak ada otak bergaduh. Orang lain untung. Irag yang bongok bunuh sesama sendiri. Orang lain kaya. Arab bersengketa, orang lain jadi kuat. Kita ni pun sama saja tunggu masa saja. Bilalah kau orang nak sedar ni? Orang lain Intel inside, melayu ni shit inside..

  4. awang senior pungkok bertahi…hang pi jadi orang lain tu le

  5. oer awng senior..
    kita mulia bkn dsbbkan bangsa.hebat sgt ke melayu kite ni. jgn dok pk ssngat pd bangsa.
    ilmu & agama yg mmbezakan manusia.
    kau tau x siapa sebenarnya fatah dan siapa sebenarnye hamas.
    apa sangat la beza si fatah tu kalau nk dbandingkan dgn yahudi-israel.baca sejarah dlm2 dl br komen!
    lg satu x semua bangsa lain memusuhi islam.
    org melayu jer yg menakut2kan org melayu sendiri dgn islam. Dah! pi surau tgk kitab dan teliti betul2. Porah!!!!!!!

  6. jimi-ular putih (kumpulan rock lalok ni! -Islam ke? Nik nak cerita pasal agama cam mana kalau nama pun lintnag pukang)
    Ilmu apa yang ada, kalau setakat guna ilmu yahudi, pi surau pun guna teknologi yahudi, baca kitab pun guna peralatan yahudi. oii buka mata sikit. Buka kopiah, buka kepala mcam orang gi Haji. Sebab melayu tak hebatlah melayu kena bersatu padu ikut ajaran Islam. Bukan bergaduh sesama sendiri. Bangsa mana tak memusuhi Islam, DAP ke? Otak kat mana ni? Sesama Islam jadi musuh. Eloklah pergi berguru. Jangan pergi surau tengok kitab dan tafsir sendiri.
    Porah!!!

  7. gai Awang Senior..
    TAHNAIAH anda penyokong kuat UMNO/BN Lanun, perampas, perasuah, penderhaka sultan dan lain-lain ..UMNO tolong orang melayu…pirahhhhhhhh..UMNO/BN yg merosakkan orang melayu, ‘makan’ melayu, menindas melayu, memperobodohkan melayu agar orang melayu dgr jerr cakap UMNO…boleh..boleh blahhh…
    Kalau kau nak hidup semati dgn pemimpin UMNO/BN yang haprak, rasuah, zalim ,lanun perampas kerajaan pilihan rakyat….hang ikut la sampai lubang kubur…aku tak nak subahat dgn orang macam kau….kau tahu tak..menyokong otrang yg zalim,rasuah, menginaya rakyat, menipu dan lain-lain, kau dpt dosa walaupun kau tak buat…..
    Kami orang2 yg menyokong & memperjuangkan benenaran, tak mahu bersubahat dgn UMNO & Dato NAJIB C4…
    Kau tu memang dah KARAT UMNO,HIDUP MATI dalam UMNO…kami tak heran…

  8. lain yg di ulas lain pulak yg d kupas..
    ai..ontah la….awang senior..
    aku rasa kau ni suku sakat shabery-Chik la..
    menteri penerangan tu..
    (kalau nk judge pd nama…sedap maksud nama Najibullah tu…bekas pemimpin afghan).tp kau tau kan siapa dia tu.

  9. lantak la nak kata gua lalok ka..apa ke.
    peduli ape! janji aku x tolak hudud macam orang umno tu yg mengaku islam tu.

  10. Saudara Awang Senior,
    Manusia yang menyayangi bangsanya ialah manusia yang mengajak bangsanya berbuat perkara-perkara yang baik. Apatah lagi kita sebagai orang Islam. Prinsip Islam berkehendakkan kita sebagai muslim, WAJIB MENCEGAH KEMUNGKARAN dan WAJIB MENEGAKKAN KEBENARAN / KEBAIKAN.
    Kalau kau, Awang Senior dah jadi Melayu Tulen, AKU tak akan halang kau. Satu nasihat AKU untuk kau, Awang Senior. Kalau KAU nak bercakap tentang bangsa KAU, jangan cakap pasal dosa dan pahala sebab dalam KITAB MELAYU, belum AKU terjumpa pun perkara yang mendatangkan pahala dan juga perkara yang boleh mendatangkan dosa pada bangsa KAU. Tapi kalau KAU bercakap pasal kitab ALLAH SWT, sudah tentu KAU akan digelar munafikun dan mungkin tidak layak menjadi muslim sebab tidak ada sifat muslim dan mukmin dalam diri KAU. Sifat seorang muslim yang mukmin MESTI menentang kemungkaran dan bukan bersekongkol dengannya.
    AKU minta Awang Senior, KAU jangan cakap pasal Islam sebab memalukan orang ISLAM saja dan KAU tak layak. KAU LAYAK JADI TAHI, DULU KINI DAN SELAMANYA.
    Minta simpang………………Ampunkah dosa AKU, ya Allah swt atas mulut yang celupar ini.

  11. Awang senior ni entah di mana seniornya aku pun tak tau..Klu senior buat cara senior berhujah. Tak de hal pasal nama, yang penting keimanan, orang Islam Cina , Orang Islam Afrika nama dia orang lagi macam2 sebutannya… tak payah komen pasal namala…Depa nak kira duit lantak depa la….hang tu pun hari2 kira duit ka…duit rasuah kut…Umno bagi apa ja kat hang….hang tu melayu bukan melayu Islam…

  12. emm awang senior dh merepek laaa ko ni…
    buat ape penat2 duk membela apa yg x btul….
    ko x pyh nk mempertahankn UMNO n sekutunya…
    dh mmg jelas bhw UMNO parti yg tidak relevan….
    n bermcm2 rasuah sejak datuk najib nk jadi presiden(gila kuasa)…..
    baik ko pegi rilek ajer n pikir n beristigfar dulu…
    insyallah ko akan bersama2 kita merayu undi utk PR…
    TAKBIR….

  13. awang senior….
    orang macam awak ni lah yang suka mencetuskan huru hara pelbagai kaum. ingat ini malaysia kamu punya saja kah.
    dan awak ingat awak saja bumiputera kah. macam mana kaum bumiputera sabah dan sarawak.???

  14. Awang senior MEMBELIT & AKHIRNYA TERBELIT
    SEKARANG BARU MEREKA TAU SIAPA YANG BERKUASA
    DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK…
    BUKAN MB HARAM TETAPI SPEAKER YAB V.SIVAKUMAR!
    … semakin terbelit MB HARAM dan Exco-exco Haram
    kerana TIADA peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak untuk menyingkirkan SPEAKER!
    Speaker hanya akan terlucut jawatan sekiranya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan…..

  15. awang senior ni dah senior betui kot, dah dekat senja la tu… melalut tak sudah.

    kalau cerdik dan teror benor, komen la sikit ttg apa yg ku li nukilkan dlm artikel tu… ni melalut masuk citer ketuanan dia la, palestin la, ular putih la, teknologi yahudi la…

    pekehenye? bengap sangat ke dek hari2 menatap berita terhad dari u.meloya, b.hairan dan tv-3suku tu?

  16. PAS dan UMNO kan majoritinya orang Islam? Marilah kita bersatu atas nama Islam. Bawa2 muhasabah diri sendiri, bukan muhasabah diri orang lain.Dunia hanya pinjam-pinjaman, akhirat menanti, syurga juga kekal abadi, matlamat kita yang belum pasti!

    Selamat beramal, dan renung-renungkan!

    rafiziemas.blogspot.com

  17. awang senior tu memang senior kalau dalam hal makan taik! terserlah kesenioran kebebalannya! bangang!

  18. Sapa lebih derhaka umno atau pakatan rakyat:
    1. UMNO cuba pecat Sultan Kelantan pada tahun 1993 dengan cuba menabalkan Tengku Ibrahim dan menolak Sultan kelantan yang ada sekarang
    = Pakatan rakyat hanya nempertahankan MB Perak yang di pilih oleh rakyat melui PRU12 mengikut Undang-undang tubuh negeri Perak.

    2. UMNo maki sultan dengan kata-kata kesat (Natang) binatang.
    = Pakatan rakyat tak pernah maki sultan sampai tahap tu Karpal hanya nak saman Sultan itupun Pemimpin pakatan tak setuju hanya dia saja yang nak saman.

    3. UMNO menggurangkan kuasa yang ada pada raja(Imunity) semasa pemerintahan Tun Mahadir. Kalau dulu Sultan tak boleh di herek ke makaman. Kerana UMNo jugalah sekarang ni sultan boleh di herek
    ke Makamah.
    4. Umno Perak pernah menderhaka sultan perak zaman bapak Tajol rosli sendiri menjadi MB iaitu Ghazali jawi.
    masa tu Sultan perak Sultan Idris.
    Gazali engan letak jawatan MB walaupun sultan tak berkenan beliau menjadi MB.
    5. Kes di perlis Sahidan Kasim pada mulanya berkeras juga hendak jadi MB walaupun Raja Perlis tak perkenan perlantikan beliau.
    6. Kes Muhamad Taib bawa lari Anak Sultan Selangor dan berkahwin di Siam menyebabkan Sultan Selangor pada waktu itu begitu kecewa.

    Kesimpulannya Lu pikirlah sendir sapa yang sebenarnya menderhaka……

    Kalau UMNO anak jantan dalam kes ni ayuh adakan perdebatan secara terbuka. Aku cadangkan kalau berani MB haram Zambry berdebat secara terbuka dengan MB yang sah Pakatan rakyat Perak DS Nizar dan ia di siarkan secara Live. Kalau tak pun DS Ahnuar berdebat dengan Najib sendiri tu pun kalau Najib ada Teloq.

  19. Salam,pada pandangan saya Hamas dan Fatah itu Allah hendak membezakan mane satu kumpulan yg betul2 ingin menegakkan syiar ISLAM secara mutlak atau kumpulan yg bersekongkol dgn yahudi @ amerika ( laknat ) utk memerdekakan Pelestine.Umum kita ketahui Hamas berjuang kerana Allah dan Fatah tau2 sajeler.Begitu juga boleh disamakan dgn politik Malaysia (Pas = Hamas) dan ( Umno = Fatah ) pikir2 lah sendiri.. x begitu bang awe

  20. derhaka kepada Allah dan derhaka kepada Nabi Muhammad

  21. Bila dah telan batch Dacing banyak sangat, campur pulak dengan minum air rendam kaki jeebon altantuya, maka begitulah BENAKnya hati seseorang itu….
    Aku pun tak faham apa FAKTA yang nak disampaikan oleh awang senior tu…. cakap pun tak der fakta.
    Mat_terab, fakta anda sangat bagus.
    Apapun, aku nak mintak tolong kaorang sket …bleh kut… sket jer…luangkan masa 15 minit mlm jumaat nie…untuk baca yassin dan solat hajat, berdoa semoga Allah kembalikan Perak kepada yang berhak…dan semoga terbuka hati Tuanku Sultan Perak untuk menerima kenyataan…dan dihancurkan rejim Aljeebon……… boleh yer..insyaAllah kita buat sama2 dgn sepenuh hati…. t.kasih ya…

  22. SUSAH SANGAT KE KU LI NAK MEMBANTU?

    Pertama. Ku Li ahli politik veteran.

    Kedua. Ku Li anak raja dan keluarga istana.

    Tak bolehkah Ku Li mengadap Sultan Perak, minum kopi dan memberi pandangan dan nasihat?

    Kalau itu pun tak boleh, kata orang putih “NO GO” lah nampaknya.

  23. hampeh jadahnya ada pelesit umno nak cuba hasut dlm blog2 pakatan nih? nak auta celah mana pun kena pangkah jugak.

    lebih baek anda mencacai kat area2 yang xde kemudahan internet, ntah2 kena pangkah jugak

    kalau menegur sesuatu kerana benar, insyaAllah akan diterima

  24. UMNO tiada kemaluan VS awang senior
    Dilulus terbit pada Thursday, February 19 @ 20:10:46 MYT oleh TokBatin

    Analisis Isu Oleh ruhan

    ” Pada peringkat awal krisis yang dikelamkabutkan oleh UMNO di negeri Perak ekoran penubuhan kerajaan haram, PR telah dibelasah tanpa had dengan label menderhakai sultan. Seperti biasa, UMNO akan mempamerkan sikap tidak rasional mereka ketika berhadapan dengan situasi yang kritikal. Waktu-waktu sebegini akan segera digunakan untuk memusnahkan reputasi lawan. Namun, tindakan segera pemimpin tertinggi PR menyentakkan mereka. Penderhakaan terhadap raja bukanlah budaya PR. PAS, PKR, dan DAP tidak berhajat untuk menderhakai raja.

    Dalam hal ini, semua orang percaya Karpal Singh bertindak sendirian. Tetapi, setelah diperhalusi, ternyata bahawa Karpal mempunyai hak untuk berbuat demikian. Hak itu diberi oleh UMNO/BN yang menghapuskan imuniti raja. Jadi, terpulanglah kepadanya untuk berbuat apa-apa pun yang difikirkannya selari dengan undang-undang. Kerajaan dibolehkan mengambil tindakan sekiranya terbukti Karpal melanggar undang-undang. Tiada yang perlu dibingitkan menyentuh isu ini.

    Sehubungan itu, tindakan Khairy menganjurkan demonstrasi membantah tindakan Karpal untuk menyaman Sultan Perak bolehlah disifatkan sebagai sandiwara yang menjelaskan kelakuannya sebagai badut politik yang terulung di Malaysia. Penilaian ini dibuat berdasarkan perangai sebenar UMNO sebagai parti yang sudah banyak kali menderhaka kepada institusi raja.

    Banyak maklumat telah diberikan oleh pelbagai pihak tentang penderhakaan UMNO terhadap raja, tetapi secara terpisah-pisah. Bagi membolehkan semua peristiwa penderhakaan UMNO terhadap raja itu didokumenkan untuk diketahui oleh anak cucu kita pada kemudian hari, saya akan menurunkannya satu persatu di bawah ini.

    PENDERHAKAAN GHAZALI JAWI

    Ghazali Jawi ialah ayah Tajol Rosli. Sudah terbukti dalam sejarah dia menjadi MB Perak yang pertama tidak mahu meletakkan jawatan walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian selepas tempoh dua tahun yang diperuntukan tamat. Akibatnya, Sultan Idris Shah bernazar tidak mahu memotong janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak melepaskan jawatan. Alasan yang digunakan ialah sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan.

    Tidakkah ini satu penderhakaan. Anak cucu Ghazali akan sentiasa dihantui peristiwa ini. Namun, perbuatan keji ini tidak berakhir dengan demonstrasi atau tindakan disiplin terhadap pelakunya.

    PENDERHAKAAN ANNUAR MUSA/MOHD YAAKOB

    Pada tahun 1993, Annuar Musa telah menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Haram Kelantan. Mohd. Yaakob mengetuai perarakan untuk menyerahkan memorandum dan meminta sultan yang memerintah ketika itu turun takhta.

    Perlakuan biadap ini dibiarkan berlalu oleh Kerajaan UMNO/BN tanpa sebarang tindakan, apatah lagi berdemonstrasi untuk menyatakan penentangan terhadap kejelekan pemimpin-pemimpin yang terlibat.

    PENGHAPUSAN IMUNITI RAJA

    Mahathir Mohamed menggunakan kuasa yang ada padanya sehingga berjaya menghapuskan imuniti raja. Akibatnya, raja boleh diseret ke mahkamah. Setelah menghalalkan tindakan tersebut, UMNO bertegang leher mengutuk Karpal yang mahu menyaman Sultan Perak. Fenomena ini menyerlahkan imej UMNO sebagai talam dua muka.

    Rakyat masih ingat bagaimana raja dihina melalui tayangan gambar tentang kezaliman raja, pemaparan perangai buruk raja tanpa segan silu, dan sebagainya. Tidakkah perbuatan celaka itu menderhakai raja? Apa tindakan yang diambil oleh ahli-ahli UMNO? Semuanya setuju, kecuali Tengku Razaliegh Hamzah.

    Kata orang tua-tua, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh UMNO pada saat ini. Walaupun berada dalam keadaan tersepit, mereka tetap cuba merungkainya. Hakikatnya, nasi sudah menjadi bubur. Apakah UMNO telah ketulahan? Rasa-rasanya begitulah!!!

    MUHAMMAD MUHD TAIB LARIKAN ANAK PEREMPUAN RAJA

    Anak perempuan Sultan Selangor telah dilarikan dan dikahwini oleh tokoh ini. Dia dimurkai sultan. Tetapi apa tindakan yang diambil? Tiada. Di mana letaknya maruah dan kredibilitinya? Di lutut barangkali.

    PENDERHAKAAN SHAHIDAN/IDRIS JUSOH/PAK LAH

    10 bulan lalu (kini Februari 2009), Shahidan dan Idris Jusoh enggan mentaati kehendak raja dan sultan yang tidak menerima mereka menyambung tugas sebagai MB. Pak Lah yang mencadangkan mereka turut menyatakan rasa tidak setuju dengan keputusan istana itu. Kekalutan di Terengganu menjalar sehingga istana disifatkan sebagai natang (binatang).

    Tiada juga tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat walaupun laporan polis dibuat!!!

    Demikianlah biadapnya pemimpin-pemimpin UMNO terhadap raja. Hingga saat ini, Karpal yang kelihatan begitu lantang menentang, tidak pernah pun mengucapkan kata berkonotasi derhaka seumpama UMNO di Terengganu itu.

    Siapa yang lebih derhaka jika situasi itu diambilkira? Mengapa tiada tindakan diambil terhadap pemimpin-pemimpin UMNO itu? Rakyat hanya dapat menelah. Pemimpin-pemimpin UMNO lebih kebal daripada raja. Benarkah kenyataan ini? Bolehkah mereka diberi taraf setinggi itu? Sedar dirilah wahai pemimpin-pemimpin UMNO.

    Situasi yang berlaku sekarang boleh dirujuk kepada tindakan yang diambil oleh Standard Chartered Bank terhadap Almarhum Tuanku Jaafar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. UMNO tidak pernah mengemukakan apa-apa bantahan apabila bank itu menyeret Almarhum ke mahkamah supaya menjelaskan hutang. Ternyata bahawa ketiadaan kepentingan yang mendorong tiada bantahan dikemukakan.

    Kini, Karpal ada asas untuk bertindak. Tindakan berasas itu akan mengganggu kepentingan UMNO. Sebab itu mereka bangun mempertahankan sultan. Harus diingat bahawa UMNO memainkan sentimen orang Melayu terhadap raja bukannya berasaskan pertimbangan undang-undang. Raja dijadikan pelindung ketika susah. Raja dicemuh dan dikata nista ketika mereka kuat. Jenis manusia apa mereka ini?

    Mereka perlu sedar bahawa sentimen yang melampau akan membuahkan jangkitan-jangkitan lain yang semuanya negatif, misalnya perkauman. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Khairy dengan retoriknya, “Kami akan mempertahankan institusi raja hingga ke titisan darah yang terakhir” terhadap Karpal?

    Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, tidak cukupkah peristiwa-peristiwa itu untuk membuktikan bahawa UMNO telah banyak mengguris hati raja/sultan? Jika ya, mengapa mengada-ngada buat tunjuk perasaan seolah-olah besar benarlah tahap kritikan pembangkang terhadap raja sehingga boleh dikategorikan sebagai derhaka? Ungkapan ‘sembah derhaka” yang bermaksud “enggan menerima” pun diputarbelitkan jadi derhaka. Mengapa bengong sangat? Setelah menjuarai derhaka, mereka mau menyeret orang lain bersama mereka. Ingat orang lain macam lembu dicucuk hidungkah?

    Sudah terbukti undang-undang tidak dipatuhi semasa SPR menolak permintaan Speaker DUN Perak untuk mengadakan PRK Behrang dan PRK Changkat Jering. Sudah terbukti Perkara 16(6) dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak dipatuhi apabila MB sedia ada disuruh meletak jawatan.

    UMNO bersuka ria menuduh orang lain derhaka, padahal merekalah yang menjuarai perbuatan itu. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik. Paku dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih. Tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Kesemuanya adalah penanda aras bagi orang yang sama sekali tidak cerdik!!!

    Hentikanlah lakonan badut anda wahai Khairy and the gang. Kamu semua nampaknya semakin tidak cerdik. Apa-apa saja yang anda semburkan kepada orang lain, berbalik kepada diri sendiri. Ludah ke langit terkena batang hidung sendiri!!!

    Sudah-sudahlah memberi upah, nasi bungkus, minuman, dan pengangkutan kepada pemuda-pemuda untuk berdemonstrasi. Melalak macam orang hilang akal. Bertempik macam orang dirasuk syaitan. Lepas tu ambil gambar, tersengeh-sengeh macam kerang busuk bila muka masuk tv. Alangkah baiknya jika wang itu digunakan untuk menghentikan mereka merempit dan membentuk mereka menjadi usahawan muda.

    Demikianlah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak pernah ada kemaluan. Sesuai benarlah BN disinonimkan dengan “Barisan Natang”.

  25. Awang Senior dah buta tuli..

    biar kan dia dalam kesesatan…

    yang hak benar pasti akan menang suatu hari nanti.. yg batil akan mapuih pi..

    klu tak kat dunia balasan nya, akhirat nanti pun akan terima…

    cuma kita kene byk usaha dgn sabar dgn org2 mcm awang senior ni…

  26. Pemimpin Umno ni memang celaka betol. Bahasa melayu ditukar ke bahasa penjajah.kononnya nak jadikan malaysia maju.menteri sendiri cakap Bahasa inggeris pun tak betol..pembela raja konon..raja kapor bolehlah…wahai semua rakyat malaysia ketahuilah UMNO yang menghapuskan bahasa melayu. Jgn disokong Umno..parti celaka..Aku cabar menteri jangan hantar anak mereka ke tuishen. Ingatlah org kampung yg tak berduit nak hantar anak ke tuishen wahai menteri umno..kamu ni memang celaka..

  27. aku sokong budak tadika.ku li patut bantu.anak raja bantu raja selesai masalah.amar maaruf nahi mungkar.ku li akan dapat pahala besar jika dapat bantu dirikan semula kerajaan PR.kadang2 raja ni dia kena dgn dia punya member ..lagi dia ambil peduli.


Tinggalkan komen

Kategori