Posted by: pinkturtle2 | Februari 27, 2009

Saya tidak mahu bahasa saya dinazakkan dan dikuburkan – A Samad Said

Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.
Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu. Kalau Parti KeADILan Rakyat (PKR) memberikan pentasnya saya akan pinjam juga dan kalau Umno memberikan pentasnya juga saya akan gunakan itu semata-mata kerana saya tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan – A samad said

‘Saya pinjam pentas PAS’ – Dato’ A.Samad Said

Kuala Terengganu – Dato’ A Samad Said rasa sangat dukacita dan bimbang tentang  masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’ sekiranya kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil.

Sasterawan Negara itu berkata, beliau tidak ada wadah lain untuk mempertahankan bahasa Melayu, melainkan pentas PAS, yang masih mempunyai  ruang dalam perjuangan ini.

“Memang Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (GMPPSMI) ini anjuran PAS dan memang saya akui itu.

“Tetapi harus diingat bahawa saya meminjam pentas untuk menyatakan sikap saya. Tidak ada pentas lain,” jelasnya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, hari ini.

Menurut ‘Pak Samad’, seramai 65 orang profesor dahulu telah menyatakan sikap dan telah menyatakan pandangannya tetapi tidak diterima oleh kerajaan.

Katanya, beberapa anjuran bagi bersemuka secara jujur dan ‘waras’ (baik) juga tidak diterima oleh pihak berkuasa.

Bahkan, kata beliau fikiran serta pandangan daripada budayawan juga tidak diambil-kira oleh pihak kementerian.

“Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu.

“Kalau Parti KeADILan Rakyat (PKR) memberikan pentasnya saya akan pinjam juga dan kalau Umno memberikan pentasnya juga saya akan gunakan itu semata-mata kerana saya tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menafikan telah ‘dibeli’ oleh pihak parti pembangkang dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI tersebut.

“Saya tidak ‘dibeli’ tetapi saya berjuang kerana bangsa saya. Dari satu negeri ke satu negeri yang kami pergi dan kami memperjelaskan ini adalah ‘gerakan sopan’ dan bukan ‘gerakan garang’.

“Ini juga adalah gerakan hati nurani yang rata-ratanya mempercayai bahawa lidah bangsa (bahasa) itu harus dijaga bukan ‘ditetak’(bunuh),” ujarnya.

Katanya, jika kelantangan bersuara kerana berjuang dan mempertahankan bahasa ibunda (Melayu) itu dianggap tidak menguntungkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan gelaran Sasterawan Negara mahu ditarik-balik.

“Saya bersedia dan apa juga gelaran (Sasterawan Negara) itu sebenarnya untuk sementara dan tidak menjadi masalah kepada saya jika, kerajaan mahu menarik-balik gelaran Sasterawan Negara.

“Dan yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang Sasterawan untuk melestarikan bahasa saya, bahasa ibunda (Melayu) saya,” ujarnya dalam siri ‘roadshow’ GMPPSMI ke negeri Terengganu.

Katanya, Kementerian terbabit telah melanggar Undang-undang dan Akta serta tidak sah disisi Perlembagaan Negara.

Hadir sama pada majlis siding media itu Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP), Mohamad Draman.

http://buletinonline.net/


Respon

  1. Dato’, Bahasa Melayu akan terkubur apabila adab dan sopan berbahasa samada ungkapan dan menulis diganti dengan kata2 kesat, buruk, mencerca dan menghina.

    Ia akan lebih bertambah tepu perkembangannya bila soal politik dicampur gaul dalam isu bahasa. Akan ada seperti tarik tali yang hingga kiamat tidak akan terlerai tali itu..tanpa orang2 ini sedari, mereka telah menghabiskan masa menarik tali dari menyuburkan bahasa kita dengan ucapan kata2 yang indah dan menjaga martabat sebagai seorang budayawan.

    Bertambah teruk tepunya bila tiada peningkatan penguasaan ilmu yang kemudiannya digunapakai dalam bahasa yang serba indah ini. Analisa ditolak tepi, kepercayaan diganti dengan dengki-mendengki, hasut-menghasut..kemudian perkembangan ilmu terencat hasil usaha mereka yang kononnya mengata mrekalah pejuang bahasa kita.

    Saya khuatir Dato’, bahasa yang diwariskan kepada generasi sebegini adalah sia-sia..bahasa Melayu akan akhirnya terhenti seperti bahasa asli orang Eskimo Alaska, US.

    1)Generasi yang tidak mempercayai muafakat. 2)Genarasi yang mengangkat nafsu lebih dari akal.
    3)Generasi yang sentiasa memandang ke belakang..lebih dari mahu melangkah setapak ke hadapan.
    4)Generasi yang tiada kepimpinan bagus.

    Akhirnya, kerja yang selama ini berterusan dibuat demi survival bahasa kita menjadi lumpuh, atas tangan2 angkuh dan berbangga diri.

  2. Majlis Maulid Masjid Kg Tekal(Little Hadramaut) Program kemuncak acara Maulid Masjid Kg Tekal Temerloh Pahang akan diadakan: Tarikh: 15 Mac 2009 Masa: 6 petang Pendakwah: Habib Kazim Assaggaf(Tarim, Yaman) dan Habib Omar Al-Aydrus

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Wah, Blavo, blavo MalaysianUnited wa caya sama lu. Tapi wa helan la, lu manyak pandai tulis macam profesor tapi isi kosong jugak ma, macam olang tak de otak jugak ma, haiya. Cin coi ya….

  4. Allah menganugerahkan bahasa kepada sesuatu bangsa, maka sepatutnya bangsa itu menjaga bahasa itu sebaiknyanya dan sebarluaskan bahasa yang dianugerahkan itu kepada lain lain bangsa, supaya kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

  5. tidakkah korg sedar? usaha mempertahankan bahasa melayu ini tidak sama sekali melarang,menghina,menindas,menolak dan menidakkan masyarakat melayu daripada belajar dan mengusai bahasa inggeris? juga tidak pula menidakkan kebolehan bahasa inggeris sebagai satu bahasa yg amat perlu mutakhir ini? ini cuma satu gerakan untuk menongkatkan bahasa melayu yang kian rebah menyembah bumi, yang kian pudar (hanya yg sedar saja yg merasakannya,sperti tulisan jawi melayu yg sudah hampir pupus). kerana bahasa melayu ini hanya terdapat di kepulauan melayu sahaja. dan org melayulah yg mempertahankan dan memartabatkannya. takkan orang jepun atau bangladesh pulak.

  6. kadang-kadang kita terasa apabila ada kalangan bangsa kita menggunakkan kata-kata kesat kapada kita, tidak bersopan kepada kita. saolah tidak tahu menggunakan bahasa dan bersopan.

    mengapa ini terjadi?. puncanya adalah juga disebabkan dikalangan kita yang tidak menghurmati sesama kita. yang berkuasa tak perdulikan kalangan orang biasa, mereka pekakkan telinga katanya membuang masa mereka.

    apabila luahan rasa kebanyakan orang kita tidak diambil kira, akan ada kalangan kita tidak puas hati, lalu apa yang dibicara…sumpah seranah, maki cerca menzahirkan keterbukuan dihatinya.

    belajarlah menghurmati sesama kita, jangan bila ditampok kuasa, kata mereka saja nak didengar.

  7. Saudara Ipohmali,

    Ini bukan Akademi Fantasia yea..bukan boleh nak hakimi sedapa ker atau tidak sedap.

    Kalau anda kata saya tidak ada isi, isi kosong..terangkanlah kenapa. Jangan sesekali ditolak idea tanpa ada sebab. Kalau tidak, orang lain akan pandang anda murahan, hanya mahu perlekehkan orang sahaja.

    Macam guru mengajar murid..ada guru kata, murid cikgu ini otak kosong, takde isi. Murid akan sentiasa tertanya2 kenapa kata dia otak kosong atau tiada isi..lantas kreadibiliti guru terbabit dipertikaikan..

    Marilah kita berbincang dari nak sambil lewa tahu mencerca orang..Ini tahun millenium, bukan zaman Firaun.

  8. Jangan salah anggap malaysianunited Ipoh Mali ni dungu sikit tentang bahasa,yang dia tahu nak provok sahaja apa pendapat yang diutarakan anggaplah Ipohmali tu apek tong sampah

  9. Betul tu Din Teksi,

    Kalau dipilih Ipohmali menjadi menteri pendidikan kita atau pengarah dewan bahasa dan pustaka, alamat susahla anak2 bangsa mahu menggunakan bahasa melayu standard dan bukan rojak buah.

  10. orang melayu memang perangai macam tu,suka sangat pada benda-benda yang orang lain punya,sedangkan bahasa kita lagi elok daripada bahasa orang lain punya,tapi tak juga nak cari jalan macamana nak bagi elok yang kita punya,asyik dok puji yang orang lain punya,itulah melayu yang tak pandai nak bersyukur atas apa yang kita ada.ibarat kata pepatah kera di hutan di susukan anak sendiri mati tak makan.itulah melayu………yang ibarat kacang lupakan kulit,…

  11. Sdr malaysianunited,

    Jika nak berbicara secara ilmiah bukan di lapangan blog sopo seperti ini (sopo = sosial-politik). Walau apapun, saya jawab juga secara ilmiah … 😉

    Sayang, sdr rupanya gagal menggarap apa yang disampaikan oleh sasterawan negara kita itu. Jika rintihan seorang pencinta bahasa tidak dilayan malah dipinggirkan oleh pemerintah, dan segala usahanya untuk membawa perjuangan itu dibisukan oleh agen-agen pemerintah, ke mana lagi agaknya dahan yang mahu dipautnya, atau suara siapa yang mahu dipinjamnya?

    Seperti yang dinyatakan oleh sdr mohtar, orang kebanyakan akan menghamburkan kata-kata nista apabila merasa diri tidak lagi diperduli atau dihormati oleh mereka yang merasa diri berkuasa dan berada di atas orang kebanyakan. Siapakah yang harus dipersalahkan, antara mereka yang tak berdaya menuntun arus perubahan dengan mereka yang berdaya tetapi menggunakannya untuk kepentingan sendiri? (Mereka yang berdaya itu seharusnya dibaca sebagai pemerintah berbangsa melayu iaitu Umno)

    Ini bukan soal pewarisan bahasa yang sia-sia seperti yang sdr simpulkan, tetapi ini adalah soal sosial yang perlu ditangani oleh pemerintah melalui pendidikan yang betul – bukan pendidikan yang mementingkan survival politik pemerintah. Ya sdr, di situlah letaknya masalah yang gagal ditangani oleh pemerintah – pendidikan yang seharusnya bebas dari campurtangan politik dan sepatutnya mengagungkan bahasa rasmi negara.

    Fakta-fakta yang sdr paparkan melihatkan betapa ceteknya pemikiran dan betapa terhadnya pendedahan sdr terhadap isu-isu semasa yang menjadi penghalang kepada isu yang dinyatakan oleh sasterawan negara kita.

    Dan mungkin juga, sdr ini tergolong dalam kumpulan mereka yang mengagung-agungkan bahasa penjajah seperti yang terlihat dari nama sandaran sdr sendiri – “malaysianunited”.

    Cermin-cerminlah diri dan lihat-lihatlah di mana kaki berpijak.

  12. Salam Pak Samad dan semua pecinta Bahasa dan Bangsa Melayu, teruskan perjuangan. Kami di belakang tabir ini, hanya mampu berdoa. Telah puas kita mendesak dan mengutarakan hujah tetapi pak menteri dan pemerintah masih berdegil. Saya menyeru kepada semua pecinta bahasa luahkan dan muntahkan kekecewaan kita dengan menyokong dan mengundi parti pembangkang yang jelas lebih bersedia memahami dan sudi mendengar pandangan rakyat marhaen. Tumbangkan pemerintah yang degil dan sombong ini.

  13. Saudara Kreko,

    Sebelum itu biarlah saya terangkan kepada saudara tentang nama samaran saya. Saya dah lama dalam laman2 web politik ini..pertama kali saya masuk di MalaysiaToday-sekarang M2day. Kebanyakan artikel dalam M2day adalah dalam bahasa Inggeris..dan ada antaranya orang luar, bukan Malaysia. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk mengambil nama MalaysianUnited tapi dengan menggunakan bahasa Malaysia tiap kali saya respon kepada artikel2 berbahasa Inggeris.

    Matlamat saya adalah supaya orang luar tahu secara asas perjuangan saya dengan menggunakan nama samaran begitu. Dan mereka tahu saya orang Malaysia (dengan tulisan Bahasa Malaysia) yang sedang bercakap tentang isu2 Malaysia. Beberapa kali orang respon untuk saya menulis didalam bahasa Inggeris, tapi saya enggan. Jika mahu fahami maksud saya, belajarlah bahasa kita orang Malaysia.

  14. sambungan..

    Dari saat itu, saya terus menggunakan nama ini sebagai identiti saya di mana2 sahaja forum politik berkaitan dengan negara kita. Biar seantero yang berada di sesawang politik internet kenal saya melalui nama samaran saya.

  15. malaysianunited

    UMNO (United Malays National Organisation)

    pejuang bangsa ke,pertualang bangsa???

  16. Saudara Kreko,

    Kalau sembang ‘sopo’ tidak perlukan ilmiah..saya tak tahulah. Mungkin sembang ‘sopo’ ini memang khas untuk kata-mengata, cerca-mencerca, buruk memburukkan orang..walaupun banyak sahaja gambar2 TG Nik Aziz dalam website ini. Setahu saya, TG Nik Aziz tak gunakan kaedah saudara, beliau guna kaedah ilmiah dan berpandukan al-quran dalam menjawab isu2 politik tanahair.

    Kalau anda memahami sosial politik,

    Perlembagaan negara kita, pemerintah dipilih oleh rakyat. Dari rakyat sendiri baru berlakunya perubahan kerajaan..betul?..

    Maka, kalau mahu mendaulatkan bahasa..adalah dari rakyat dahulu. Ia proses yang sama. Dato’ A Samad Said juga turun padang untuk mewarwarkan kepada rakyat sekian kerana beliau tahu untuk meminda polisi kerajaan memerlukan sokongan majoriti rakyat. Rakyat mesti difahamkan apa yang sedang berlaku, barulah perjuangan yang direstui rakyat mendapat perhatian kerajaan.

    Saya faham apa perjuangan PPSMI ini, tapi adalah dengan mansuhnya PPSMI berakhirnya proses untuk mendaulatkan bahasa Malaysia ini? Ini yang saya maksudkan saudara. Saya mahukan perjuangan yang tulen, bukan ikut musim. Sekarang pejuang bahasa menggunakan pentas pembangkang untuk suarakan perjuangan mereka, juga terdapat orang2 kerajaan yang turut bersetuju dan mendesak dari dalam kerajaan.

    Dengan menggunakan kata2 kasar, nista dllnya..apakah ia dikategorikan sebagai mendaulatkan bahasa kita?..kita bukan lagi duduk zaman 1950 dimana perkataan buntut, cina makan babi diucap tanpa mengira sensitiviti pihak lain.

    Fahami perjuangan TG Nik Aziz dan kenapa sampai sekarang hanya negeri Kelantan menjadi kubu kuat PAS. Beliau mengucapkan sesuatu isu itu dengan penuh pengertian dan keindahan bahasa. Anda kaji juga pemimpin2 kecil yang menyokong PAS menggunakan bahasa2 kasar, dapatkah orang2 ini menaiki heiriki kepimpinan PAS? Pemimpin2 seperti TG Nik Aziz suatu hari nanti akan pergi mengadap pencipta-Nya..dan jika anda halalkan cara ungkapan mengikut emosi dikalangan pemimpin2 kita, akhirnya kecantikan bahasa itu terlupus juga.

    Inilah maksud saya saudara. Bukan saya nak pandang perjuangan bahasa sekarang ini lemah. Tapi perjuangan bahasa sekarang ini memerlukan satu pelan proses jangka panjang. Ia melibatkan rakyat, bukan hanya pemerintah sahaja.

    Bahkan rakyat kecil seperti kita ini juga sebenarnya memainkan peranan yang besar. Suatu hari nanti, kita jadi ibubapa, jadi datuknenek..kalau kita tak beri contoh bahasa yang indah dan cantik, apa jadi kepada anak2 dan generasi masa depan?..takkanlah balik2 isu pendidikan nak salahkan golongan cikgu2??

  17. Jinbara08,

    Mana2 parti politik perjuangkan kepentingan rakyat. Sila baca objektif2 parti2 politik dari yang kecil hingga kepada yang berpengaruh.

    Wujudkan PPSMI akan menjadi satu sejarah yang melucukan kepada generasi akan datang dan UMNO adalah pihak yang bertanggungjawab!. Alasan mudah Menteri yang bertanggungjwab dulu ialah kalau pelajar itu tidak boleh kuasai Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, mereka boleh berbahasa Inggeris..???..bukan itu suatu yang melucukan??..

    Hai saudara2 sekalian, kadang2 itu walaupun ada berjela2 ijazah, saya rasa patut buang sahaja kertas2 itu sebab tak bawa apa2 erti kepada pemerintah kita. Pemikiran macam tu juga.

  18. Salam hormat para sahabatku pencinta kebenaran,

    Asal usul bahasa melayu yang dapat dijangkau dalam lipatan sejarah ialah, bahasa melayu yang ditulis dengan jawi. Dengan kata lain, bahasa melayu yang sebenar-benarnya ialah yang terungkap dengan tepat dalam tulisan jawi, lantaran banyak istilah dalam bahasa melayu yang begitu rapat hubungannya dengan bahasa arab, justeru tulisan jawi merupakan abjad arab dengan sedikit pengubah-suaian agar baku dalam sebutan melayu. Oleh itu, tulisan jawi adalah jiwa bahasa melayu.

    Mengambil kira beberapa negara yang warganya tidak pernah berganjak dari sistem tulisan yang menjadi jiwa bahasanya seperti Thailand, Jepun dan Russia (sekadar beberapa contoh). Sedia maklum bahawa, bahasa Thailand ditulis dengan abjad Sanskrit, bahasa Jepun ditulis dengan abjad China atau dipengaruhi oleh tulisan China, bahasa Russia ditulis dengan abjad Ibrani atau dipengaruhi oleh tulisan Yahudi. Betapa mereka begitu kuat menjaga bahasa mereka dengan abjad yang telah memberi bentuk kepada pengucapan sistem bahasa mereka.

    Dan lagi, para penulis agung dalam hikayat melayu purba, seperti Tun Sri Lanang dan penulis hikayat Hang Tuah, mereka mengabadikan hikayat kearifan leluhur melayu dalam tulisan jawi. Demikianlah juga dengan penulis-penulis agung dunia, seperti John Keats Britain, Gustave Flaubert Perancis, Goethe German dan Nikolai Gogol Russia (sekadar beberapa nama), mereka mengangkat ke puncak keagungan bahasa mereka menerusi abjad yang mereka kenali dan warisi.

    Menyentuh soal makna kerajaan demokratik, menurut John Stuart Mill (1806-1873), standard kerajaan sesebuah negara adalah ukuran standard pemikiran warganya. Namun begitu, adakah benar bahawa kerajaan UMNO adalah sebagaimana yang disarankan oleh John Stuart Mill? Adakah benar bahawa instrument media di negara ini seimbang, adil dan saksama tatkala membuat laporan kepada seluruh parti politik? Bukankah manusia UMNO yang terang dan nyata di depan mata warga dunia sebagai perasuah, penipu dan pembohong?

    Dengan kata lain, kerajaan manusia UMNO bukan dibentuk oleh rakyat, tetapi oleh penipuan dan pembohongan oleh manusia UMNO melalui pembelian undi ke atas pengundi dan undi pos yang dibantu sepenuhnya oleh instrumen negara seperti polis, media dan SPR !!

    Apa yang menjadi kemungkinan adalah, jika pimpinan manusia UMNO sanggup menipu dan membohong dalam proses mencapai kuasa, sudah tentu mereka tergamak juga untuk menipu dan membohong dalam proses menggunakan kuasa tersebut.

    Begitu juga dengan perkataan yang kasar dan kotor seperti buntut adalah angkara manusia UMNO juga. Perkataan buntut telah ditulis oleh Khalid Japri dan turut dipopularkan oleh Tun Mahathir sebagai alasan yang ada kaitan dengan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pimpinan negara di pinggir tahun 1998 sebagai berikut:

    MAIN BUNTUT

    Semua orang heboh apabila rahsia Anwar main buntut pemandunya Azizan terbongkar. Baca selanjutnya di:

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/393

    BULUH YANG BENGKOK DI WAKTU REBUNGNYA,
    MAKA BENGKOKLAH JUGA DI WAKTU TUANYA.
    – Naspazi


Tinggalkan komen

Kategori