Posted by: pinkturtle2 | Oktober 6, 2008

Abdullah Ahmad Badawi Tidak Akan Bersara Awal

Imbas kembali dari tarikh 9 Mac 2008 sehingga 9 Oktober 2008. Perhatikan bagaimana Abdullah Ahmad Badawi melakukan permainannya sehingga pada saat ini pun, dia masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Imbas kembali dari tarikh 9 Mac 2008 sehingga 9 Oktober 2008. Perhatikan bagaimana Abdullah Ahmad Badawi melakukan permainannya sehingga pada saat ini pun, dia masih lagi Perdana Menteri Malaysia.Namun dijangkakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sedang bertempoh sama ada menunggu sesuatu terjadi yang memungkinkan dia terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, atau dia yang orang dalam bulatan elitnya masih mencari jalan supaya Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bersara dan tidak akan bersara awal.

Abdullah Ahmad Badawi sah bersara awal?

Teka Atau Teki? Jika Abdullah Ahmad Badawi, ialah pemimpin yang dimaksudkan itu, dijangkakan bahawa bersara awal itu tidak terjadi.

Kenapa?

01. Abdullah Ahmad Badawi tahu, di kalangan Rakyat Malaysia, sebahagiannya tidak kisah pun sesiapa menjadi Perdana Menteri Malaysia, dia atau sesiapa sahaja. Mereka tidak ambil pusing, dan mereka tidak peduli pun.

02. Abdullah Ahmad Badawi pun tahu, di kalangan Rakyat Malaysia, masih ada sebahagian yang masih mahukannya kekal memimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pada mereka, Abdullah Ahmad Badawi ada kebaikannya. Lantaran itu mereka akan memberikan paling tidak sokongan moral. Paling banyak kesetiaan yang tidak berbelah bahagi hanya kepadanya.

03. Abdullah Ahmad Badawi juga tahu, di kalangan Rakyat Malaysia, masih ada sebahagian yang tidak berapa suka Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin berjawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun mereka ini cukup takut dengan bakal pengganti Abdullah Ahmad Badawi. Khususnya bila nama yang disebutkan ialah Mohd Najib Abdul Razak, ataupun Anwar Ibrahim. Dengan yang demikian, Abdullah Ahmad Badawi lah, walaupun seteruk mana, dan seburuk mana pun, tetap menjadi pilihan mereka berbanding satu daripada dua pengganti tersebut.

04. Abdullah Ahmad Badawi tidak tahu berapa ramai di kalangan Rakyat Malaysia yang benar-benar mahukan dia berhenti, berundur, turun, letak jawatan, bersara, ataupun dalam bahasa sopannya, ialah melakukan pelan peralihan kuasa lebih cepat. Pada Abdullah Ahmad Badawi, dirasakannya bahawa jika dicampur dari kalangan pemimpin lama, pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional sekarang, bloggers, forumers, serta kalangan Rakyat Malaysia yang mahukan demikian itu, kurang lebih pun di antara 200 hingga 2,000 sahaja dari 27 juta jumlah keseluruhannya.

Justru, adakah Abdullah Ahmad Badawi akan bersara?

Tidak.

Adakah Abdullah Ahmad Badawi akan bersara awal?

Pun Tidak.

Imbas kembali dari tarikh 9 Mac 2008 sehingga 9 Oktober 2008. Perhatikan bagaimana Abdullah Ahmad Badawi melakukan permainannya sehingga pada saat ini pun, dia masih lagi Perdana Menteri Malaysia.

Jika ada yang merasakan kini Abdullah Ahmad Badawi sedang menyiapkan draf untuk mengumumkan bahawa dia akan bersara awal, maka mereka boleh merasakan demikian.

Namun dijangkakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sedang bertempoh sama ada menunggu sesuatu terjadi yang memungkinkan dia terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, atau dia yang orang dalam bulatan elitnya masih mencari jalan supaya Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bersara dan tidak akan bersara awal. Malah, terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Maklumat di arena politik baru-baru ini sebenarnya ialah bermaksud untuk menguji keseronokan. Ada yang mahu saksikan siapakah yang ghairah merebut kuasa, dan bagaimana rupanya perebutan kuasa itu jika benar Abdullah Ahmad Badawi membuat pengumuman kelak perihal tarikh dia tidak lagi berjawatan Perdana Menteri Malaysia.

Bila perebutan menjadi ganas, sedangkan Abdullah Ahmad Badawi pun belum membuat pengumuman rasmi, maka dari jumlah keseluruhan 191 Bahagian UMNO, majoriti tentunya tidak mahu melihat UMNO berpecah, lalu kemungkinan membuat keputusan supaya mengekalkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Sekiranya itu yang dilakukan dan menjadi pula sebagaimana yang dihajatkan, maka kekallah Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jika tidak, Abdullah Ahmad Badawi masih ada lagi opsyen. Walaupun telah jelas apa yang disuarakan oleh beberapa pemimpin Majlis Tertinggi UMNO yang dikatakan mewakili suara akar umbi, namun opsyen berikut bakal digunakan. Bahawa para pemimpin Barisan Nasional yang bakal ditemui dan berbincang dengan Abdullah Ahmad Badawi tidak berapa lama lagi, dikatakan telah mendesak, mengasak, lalu memujuk supaya Abdullah Ahmad Badawi tidak bersara awal, dan terus menerajui negara selama yang dia suka.

Ketika itu, jika ianya menjadi, maka nampak sangatlah bahawa beberapa pemimpin UMNO telah begitu tamak akan kuasa, sedangkan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak sekejam mereka, lantaran tidak mahukan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal.

Jika dalam sessi perbincangan Abdullah Ahmad Badawi dengan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak menjadi begitu, dan sekiranya mereka pun sama pendirian dengan beberapa pemimpin UMNO di kalangan Majlis Tertinggi UMNO, maka Abdullah Ahmad Badawi masih ada opsyen lagi.

Perhatikan bahawa, di kalangan pemimpin pembangkang, timing cukup penting. Disaksikan bahawa jika ada akan berlakunya pembentukan kerajaan dan peralihan kepemimpin di peringkat Perdana Menteri Malaysia, maka ianya molek sekali berlaku ketika Abdullah Ahmad Badawi masih lagi memegang jawatan ini, dan dia masih lagi menerajui Barisan Nasional.

Para pemimpin pembangkang faham bahawa pemimpin yang paling lemah, paling buruk, dan paling teruk, masih duduk di kerusi utama kini. Jika ada satu lagi peluang terbuka, maka timing yang molek ialah menumbangkan Abdullah Ahmad Badawi dan sepakej Barisan Nasional yang sudah tidak relevan lagi.

Susahnya untuk mendapat timing ini jika apabila harapan Rakyat Malaysia ialah kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, dan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal dan berganti pula, maka susut sedikit sokongan yang mereka perolehi. Termasuk dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Jadi, ketikamana Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan tempoh masa yang lebih, dan tiupan sengaja dilakukan, seolah-olah Abdullah Ahmad Badawi sedang mahu berundur secara terhormat dalam tempoh terdekat. Sedangkan, bersara awal ini tidak ada pun dalam keutamaan Abdullah Ahmad Badawi, terkini. Keutamaan yang ada pada Abdullah Ahmad Badawi kini ialah macam mana nak terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perhatikan rentetan peristiwanya, bahawa:

01. Kuda Gelap atau Kuda Hitam, telah disebut dan mula mendapat perhatian ramai.

02. Berapa ramai pula para pemimpin vateran saing era 1946, baru-baru ini ternganga mulut, melopong lama begitu, bila mendengar Musa Hitam bersuara dan membuat ramalan yang kini telah diketahui umum.

03. Bagaimana dengan pengumuman Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini? Sebenarnya pengumuman itu tidak rasmi lagi. Pengumuman dibuat bersyarat pula, yakni jika sekiranya Mohd Najib Abdul Razak mengosongkan kerusi Timbalan Presiden UMNO. Jika tidak, maka tidaklah terjadi apa yang diumumkan itu.

04. Apa yang menarik beberapa pemimpin lain dari kalangan UMNO, turut sama dalam menghangatkan suasana, dengan berpusu-pusu mahu bertanding jawatan 2 tertinggi dalam UMNO.

Hakikatnya ialah, selain daripada Abdullah Ahmad Badawi sendiri, tiada siapapun yang tahu sama ada Abdullah Ahmad Badawi bertekad muktamad mahu kekal, atau bersara awal, jawatan Presiden UMNO, dan juga Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang telah diumumkan dalam Mesyuarat Istimewa Majlis Tertinggi UMNO, jumaat terdahulu, 26 September 2008, bukanlah pengumuman yang jelas perihal Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk bersara awal, jawatan Presiden UMNO.

Setiap Ahli Majlis Tertinggi UMNO sendiri pun kabur. Baca betul-betul Muhyiddin Yassin. Kenapa dia tidak seperti Ahmad Zahid Hamidi, atau Mohd Ali Rustam, dalam menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden ataupun Timbalan Presiden UMNO. Perhatikan, walau didesak beberapa kali, Muhyiddin Yassin tetap mahu menunggu pengesahan Abdullah Ahmad Badawi kelak. Yakni pada atau sebelum 9 Oktober 2008.

Belum sah rupanya…

http://satublogtotal.blogspot.com


Respon

  1. – Bukan senang Badawi nak turun takhta no 1. Lepas ni jadi orang biasa yang dikutuk oleh ahli2 umno sendiri. Apatah lagi mengenangkan nasib menantu yang satu tu. Teman rasa, nasib menantu dan business anak lebih utama daripada nasib parti dan bangsa Malaysia. Tak gitu Badawi? Teman belum lupa masa banjir besar melanda Kota Tinggi Johor pada hujung 2006 dan awal 2997 dulu. Badawi singgah sekejap lawat mangsa banjir, lepas tu terus ke Perth untuk rasmikan Restoran Nasi Kandar kepunyaan adiknya. Itu belum kisah dia bersantai di Spanyol menghabiskan cuti tahunnya sedangkan dia tahu Pulau Pinang dan Kuala Muda Kedah di landa Tsunami tahun 2004. Negara dilanda bencana pun pemimpin no 1 masih boleh bersantai di luar negara!
    – Teman berfirasat bahawa masa ni menantu dan kuncu2nya akan mengasak hebat Pak Mentua agar terus bertanding jawatan Presiden umno. Pedulikan nasib bangsa dan negara, yang penting kuasa dan jawatan tertinggi terus dimiliki disamping peluang mengaut kekayaan negara sementara masih ada. Ahh…malangnya rakyat Malaysia mendapat golongan pemimpin seperti mereka ini. Belum terlambat lagi untuk menjatuhkan puak-puak ni. Kapal mereka ni dah nak karam! Tapi ramai yang tawar diri nak alih tugas kapten kapal! Badawi tentu senyum…sebab dia boleh tidur lena zzzzzzZZZ.

  2. – Pembetulan fakta komen teman di atas, (hujung 2006 dan awal 2007). Maklumlah nak taip terlalu laju sampai tak sempat nak edit.

  3. tak mengapa tuan mahaguru, majlis kita-kita faham. malah lebih awal dari itu saya kagum allahyarham tun razak di tahun2 1960an dan 70an dulu [masa itu saya masih kecil]terpaksa naik heli buruk TUDM, boleh naik turun naik turun di padang2 bola atau di padang2 permainan kampung dan sekolah seluruh negara beliau demi menziarahi rakyat malang yang ditimpa bencana banjir sambil memberi bantuan beras dan makanan tin. sebab itu seluruh rakyat kasihkan allahyarham tun razak. Lihatlah apa yang tun razak buat di sepanjang pemerintahan beliau sebagai tpm dan pm dulu. kesenangan rakyat boleh dikongsi bersama sehingga ke anak cucu hari ini. bandingkan dengan pemimpin2 kita sekarang apa yang mereka telah buat?. apa yang anaknda kepada ayahanda telah buat?. MEROSAKBINASAKANKAN segala institusi yang telah diasaskan oleh ayahanda……sampainya hati kau orang!!!!!!!!buatlah.buatlah.buatlah apa saja sesuka hati engkau orang nak buat. ini semua manusia-manusia yang tidak mahu belajar dari sejarah masa lalu. cis!!!!tak guna punya orang.


Tinggalkan komen

Kategori